Alhamdulillah,sudah
hampir 6 bulan usia pernikahan. Bermakna, hampir 6 bulan juga diri ini bergelar
suami kepada seorang isteri. Juga hampir 6 bulan diri ini berjauhan dari keluarga walaupun ada masa terluang diisi dengan berkunjung menziarahi keluarga di kampung. Kini, diri ini meneruskan kembara
hidup bersama dengan seseorang yang sebelum ini tidak pernah dikenali secara
dekat dan difahami tentang cara hidupnya.
Menyelami
sunnah Rasulullah saw dalam kehidupan berumah tangga sekaligus sebagai pemimpin
keluarga, tentu sekali memberikan seribu kekuatan kepada diri untuk memahamai
betapa pentingnya menjadi suami yang soleh. Bukan mudah seperti yang
dibayangkan dan tidak boleh mengambil mudah terhadap apa yang dibayangkan.
Untuk
menjadikan isteri seorang yang taat kepada suami, suami dulu perlu taat kepada
Allah. Untuk menjadikan isteri setia kepada suami, suami terlebih dahulu perlu
setia dalam menturuti perintah Allah. Dan untuk menjadikan isteri sentiasa
rindu dan sayang kepada suami, suami terlebih dahulu perlu ada rasa cinta, sayang
dan rindu pada Allah dan Rasulullah. Mengapa begitu? Tentu sekali kerana hati
kita sentiasa dalam genggaman Allah. Cinta itu milik Allah, ketaatan dari
Allah, dan kesetiaan juga datangnya dari Allah dan dipancarkan pada jiwa-jiwa
yang dekat dengan Allah. Maka tentu sekali Allah mampu melakukan apa sahaja
sesuai dengan keadaan siapa kita di sisi Allah. Bagaimana hubungan kita dengan
Allah dan apa rasa jiwa kita apabila kita mendengar dan menyebut nama Allah.
Pesanan buat
diri,berusahalah sebaik mungkin untuk menjadikan diri kita yang terbaik untuk
Allah. Bukan yang terbaik pada pandangan Allah, kerana kita manusia tidak mampu
mentafsir setinggi itu. Bukan juga yang terbaik pada pandangan manusia terhadap
hubungan kita dengan Allah kerana hal sebegitu boleh saja mendatangkan perasaan
ujub dan takabbur pada hati.
Pada masa
yang sama, selamilah jiwa sebagai seorang suami, isteri adalah amanah dan
tanggungjawab kita. Untuk menyemai kemanisan cinta yang semakin
bertambah, jadikan setiap hari adalah ta’ruf. Hargai setiap perbuatan isteri
setiap hari sekalipun isteri melakukan perbuatan yang sama kepada kita.
Ungkapkanlah ucapan terima kasih setiap
hari kepada isteri kerana memasakkan makanan kepada kita,membasuh pakaian
kita,juga kerana menjaga sebaiknya amanah dan tanggungjawab sebagai seorang
isteri untuk suami. Jangan jemu mengatakan sayang dan rindu kepada isteri. Jiwa
wanita itu halus dan sangat berperasaan. Maka raikanlah sifat fitrah wanita
itu. Berusahalah untuk menjadi yang terbaik kepada isteri dan keluarga, kerana
hal itu juga merupakan sunnah Rasulullah saw yang boleh membawa kebahagiaan
dalam kehidupan berumah tangga.
"Orang Mukmin yang paling sempurna
Imannya ialah yang paling baik akhlaqnya, dan sebaik-baik kamu adalah yang
paling baik kepada istrimu.” (HR. Tirmidzi no. 2537)
“...dan bergaullah dengan mereka secara
baik...” (QS. An-Nisaa [4]:19)
"Sebaik-baik kalian adalah kalian
yang terbaik terhadap isterinya. Dan aku adalah yang terbaik diantara kalian
terhadap isteriku." (HR. Ibnu Majah no. 1967).
Carilah
keberkatan kerana di situ terletak nilai yang tinggi di sisi Allah swt. Waspada
dengan kesenangan kerana bisa saja kita terperangkap dengan tuntutan dunia.
Buat
jauzati, syukran atas kefahamanmu pada diri yang serba kekurangan ini.
InsyaAllah, pengorbanan yang dilakukan mudah-mudahan akan dipandang Allah swt
sebagai satu kebaikan. Moga baitul muslim yang dibina dapat diselami dengan
sunnah Rasulullah serta ditempuhi dengan
syariatullah. Syukran wa barakallah fi zaujati....
Tahniah sahabat. Ana doakan enta sentiasa berada dibawah lindungan ALLAH s.w.t... semoga enta dan zaujah dilimpahi Rahmat dan keberkatan dariNYA serta dikurniakan bakal2 pejuang2 agama. Aminnn...
BalasPadamamin ya rabb...insyaAllah,jga buat nta,smoga Allah pmudhkn lgkah khidupn nta..dpertemukn jodoh yg sebaiknya sbg pndamping dan kkuatn dakwah Islam...=)
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAmiin2x..=)InsyaAllah...Barakallah fi habibi zauj yang soleh..=) syukran pada semua kebaikan yang ada...Syg selamanya..^_^
BalasPadamSubhanallah...alhamdulillah.
BalasPadamAkak tumpang gembira membaca coretan bahagia kalian berdua. Moga rahmat,kasih sayang dan cinta Allah SWT terus subur dalam bait muslim yang dibina. InsyaAllah,diharapkan akan lahir nanti ulama'2 kecil dan comel yang akan meneruskan tugas dakwah di jalan Allah..amin...
insyaAllah..syukran kak atas doanya...barakah Allah buat akak sklrga juga...
BalasPadamAssalamualaikum.
BalasPadamAkak baru baca entri ni.
Alhamdulillah, mudah-mudahan Allah SWT terus melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya dalam rumahtangga kalian berdua.
Rindu pada Ishah..
Kirim salam pada dia ya Faris... :)
Wa'alaikummussalam wbt....syukran kak ats doa.mg Allah pmudahkn sgla urusn kbaikan akak,amin..insyaAllah,faris smpaikn slm akak pada ishah....
Padam