30 Januari 2012

Qasidah : Ya badrotim



Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli

Antalladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula
Antalladzi asyroqta fi ufuqil ‘ula
Famahauta bilanwari kulla dholali

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Wabikastanarol kaunu ya ‘alamal huda
Binnuri wal in’ami wal ifdholi

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi daiman
Solla ‘alaikallahu robbi, robbi daiman
Abada ma’al ibkari wal asoli

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli
Wa’ala jami’iel ‘ali wal ashabi man
Qod khossohum robbul ‘ula bikamali

Ya badrotim, Ya badrotim
Haza kulla kamali
Maza yu’ab, maza yu’ab
Yu’abiru ‘an ‘ulaka maqoli







WAHAI PURNAMA

Wahai purnama…..wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana….bagaimana 
Nak ku luah dengan kata-kata

Wahai purnama…..wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana….bagaimana 
Nak ku luah dengan kata-kata

Engkau menyinar di alam tinggi….dia alam tinggi….
Terangi kegelapan dan kebatilan…

Wahai purnama…..wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana….bagaimana 
Nak ku luah dengan kata-kata

Dengan mu alam bergemerlapan….bergemerlapan…
Zahir batin nur nikmat dan kemuliaan 

Wahai purnama…..wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana….bagaimana 
Nak ku luah dengan kata-kata

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya….
Siang dan malam jua…..siang dan malam jua

Wahai purnama…..wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana….bagaimana 
Nak ku luah dengan kata-kata

Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu….
Mereka yang istimewa dam amat sempurna….



25 Januari 2012

Di Saat Menyatakan Kerinduan Padamu Ya Rasulullah


Dari Jabir bin Abdullah bin Amru, " Nabi SAW sering berdiri dekat sebuah pohon kurma. Ketika sebuah tempat duduk disediakan baginya, kami mendengar pohon itu menangis bagaikan unta betina hamil sampai sang nabi jongkok dan memeluk pohon itu.” Hadits shahih riwayat Imam Bukhari vo.II no.41.


Dari oleh Ibnu Umar, " Nabi SAW sering berkutbah sambil berdiri dekat batang pohon kurma. Ketika dia dibuatkan tempat duduk, dia lebih memilih duduk. Pohon kurma itu mulai menangis dan sang nabi menghampirinya, mengelusnya dengan tangannya (agar pohon itu berhenti menangis).” Hadits shahih riwayat Imam Bukhari vo.IV no.783.


Pada suatu hari, sedang Rasulullah berkhutbah, baginda dan para sahabat terdengar satu suara tangisan. Mereka tercari-cari suara tersebut. Setelah diteliti, rupa-rupanya suara itu datang daripada batang tamar yang dijadikan mimbar yang lama. Rasulullah pergi mendapatkannya. Dengan penuh kasih-sayang baginda menepuk-nepuk batang tamar tersebut kemudian bertanya kenapa ia menangis. Batang tamar itu menjawab:


“Aku sungguh sedih mengenangkan nasibku kerana khidmatku tidak diperlukan lagi olehmu ya Rasulullah. Sedangkan aku ingin bersama denganmu sehingga akhir hayatmu.”
 

Rasulullah tersenyum lalu berkata: “Sabarlah wahai batang tamar, walaupun khidmatmu tidak diperlukan lagi kerana keuzuranmu, namun engkau tetap akan bersamaku di syurga kelak.”
 

Selepas mendengar kata-kata Rasulullah itu, batang tamar tersebut berhenti daripada menangis.

Wahai teman,
 
Adakah layak kita menyatakan kerinduan pada Rasulullah jika saat ini, kita masih tidak mampu mengamalkan sunah Baginda?


Adakah layak kita menyatakan kerinduan pada Rasulullah jika hari-hari yang dilalui, terasa berat sekali untuk memulakan bicara dengan ucapan salam serta selawat ke atas Baginda?


Adakah layak kita menyatakan kerinduan pada Rasulullah jika pada hari ini, kita masih mampu ketawa sedangkan Rasulullah sentiasa sahaja menangis, mengenangkan nasib umatnya di akhir zaman?


Saat menyatakan kerinduan pada Baginda, diri ini terasa malu. Malu kepadamu ya Rasulullah. Adakah perasaan rinduku ini sama seperti rindumu padaku? Adakah perasaan cintaku ini menyamai perasaan cinta dan kasihmu padaku? Aku bimbang jika kerinduanku ini bermusim, aku bimbang jika kecintaanku kepadamu tidak sepenuh hatiku. Walaupun diriku ini tidak mampu menandingimu dalam mencintaiku dan umatmu yang lain,namun aku cemburu ya Rasululllah. Aku cemburu pada jiwa yang tenang dan gembira dengan amalan sunnahmu. Aku cemburu pada mereka yang sentiasa membasahkan lidahnya dengan selawat kepadamu. Aku juga cemburu kepada makhluk yang telah mati,tetapi masih mampu menyatakan kerinduannya padamu. 


Saat pohon tamar itu menangis, meratap kerana berpisah denganmu, membuatkan hatiku juga menangis. Saat pohon tamar itu menyatakan kerinduannya padamu, aku juga ingin menyatakan kerinduanku padamu. Dan, disaat Kau menabalkan pohon kurma itu sebagai peneman para wali di syurga Allah, adakah masih ada tempat untuk aku bersamamu di syurga nanti ya Rasulullah? Terasa diri ini amat jauh darimu. Terasa diri ini tidak layak untuk mendapat sebaik tempat bersamamu. Namun, apakah aku harus mengalah? Seperti mana hidupnya cintamu kepada umat, maka selagi itulah sedaya aku untuk terus merindui dan mencintaimu. Moga ada tempat untukku bersamamu di Syurga nanti.


 Aku yang merinduimu Ya Rasulullah, wahai Kekasih Allah.

24 Januari 2012

Karnival Kedah Sejahtera 2012


Karnival Belia Sejahtera, Pokok Sena 2012

27 Januari 2012, Jumaat

Dataran Sena (Bersebelahan Pejabat Daerah Pokok Sena)

9.00 pagi - 12.00 tengah malam

Jom kita pakat mai.....

Minggu Penghayatan Sunnah



Bersama Tuan Syeikh Muhammad Noruddin Marbu al Banjari al Makki

Bermula 1 Feb hingga 5 Feb 2012

Bertempat di Masjid al Bukhary, Alor Setar, Kedah

Bersama imarahkan majlis ilmu,majlis Rasulullah. Jadikan diri sebagai penghias taman-taman syurga.

23 Januari 2012

Carilah Makna Kehidupan



Kadang-kadang kita lupa. Kita sentiasa melengkapkan keperluan untuk hidup, tetapi pada masa yang sama, tidak ramai yang melengkapkan kehidupan dengan keperluan yang ada. Kita sanggup berpenat lelah mencari segala apa yang tiada, selagi terdaya,terus mencari semata-mata memenuhi tuntutn fizikal hidup seperti harta kekayaan, pangkat, nama, pengaruh yang ramai, sehingga terlupa untuk memahami tugas sebenar hidup kita untuk apa.

Tidak salah sebenarnya untuk mencari dan memungut hasil yang dikurniakn Allah swt. Tetapi, berapa ramai yang benar-benar  mengerti maksud antara mencari makna hidup dengan hasil yang diperoleh dengan menjadikan kehidupan lebih bermakna dengan apa yang diusahakan. Tentu sekali ramai yang akan memilih menjadikan kehidupan lebih bermakna dengan hasil yang diusahakan. Barangkali itulah perjuangan kita. Kita merasakan itulah pengorbanan yang dilakukan iaitu dengan berusaha mendapatkan sesuatu hasil dengan lebih tekun supaya hidup lebih tenang dan membahagiakn. Oleh itu, bagaimana jika apa yang diusahakan selama ini tidak berhasil? Bagaimana jika pengorbanan yang dilakukan selama ini tidak mendapatkan sesuatu seperti yang diharapkan? Adakah itu bermakna kehidupn kita tidak akan bermakna jika tiada hasil yang diusahakan? Jadi, tentu sekali ada yang tidak kena pada prinsip itu. 

Oleh itu, mari kita tukar prinsip itu. Tidak salah jika kita ingin menjadi lebih baik dengan mengubah prinsip hidup,dan menjadikannya lebih baik. Itu tandanya kita orang yang rasional. Rasional dalam memilih dan membuat keputusan. Dan prinsip yang sesuai adalah daripada menjadikan kehidupan lebih bermakna dengan hasil yang diusahakan kepada mencari makna kehidupan dengan hasil yang diperoleh. Jika diteliti perkatannya, nampak agak mudah, tidak jauh dari prinsip asal, tetapi maksudnya sangat berbeza.

Mencari makna kehidupan dengan hasil yang diperoleh. Kenapa perlu mencari makna kehidupan? Bukankah sepatutnya menjadikan kehidupan lebih bermakna itu lebih baik? Jawapannya, setiap apa yang diberikan Allah itu,melalui setiap perkara dalam kehidupan itu sebenarnya sudah bermakna buat kita. Masakan Allah tidak tahu apa yang terbaik buat kita? Masakan Allah tidak mampu merencanakan apa yang terbaik buat kita? Dan tentu sekali aturan hidup yang direncanakan Allah itu, ada hikmah di sebaliknya. Bukankah itu bermakna Allah swt menetapkan sesuatu itu untuk menjadikan kehidupan kita lebih bermakna? Jadi,apa tugas kita pula? 

Setiap yang berlaku, setiap yang kita dapat, tentu sekali tidak terhenti di situ, maka menjadi tugas kita pula untuk mencari makna kehidupan di sebalik pemberian dan dugaan  Allah yang tersirat itu. Dengan itu, seterusnya akan menjadikan kita ini hamba dan secara tidak langsung meletakkan Allah itu di hadapan kita walau dalam apa keadaan sekalipun juga menjadikan kita hamba yang sentiasa berfikir. Bukan untuk mencari silap dan kelemahan Allah, kerana Allah itu Maha Kuasa, tiada kelemahan atas sifat Allah. Sebaliknya sebagai muhasabah buat diri, mencari kelemahan dan kekurangan diri supaya dapat dibaiki segala kekurangan itu. Contohnya, jika diuji dengan harta,kekayaan,maka carilah rahsia di sebalik pemberian Allah itu,dan jika diuji dengan kesusahan dan keperitan,maka tentu sekali ada sesuatu yang menjadi rahsia di sebaliknya yang perlu diselongkar selain itu, perkara yang lebih penting adalah menjadikan kita orang yang bersyukur atas pemberian Allah kepada kita. Berasa cukup dengan nikmat pemberian-Nya serta redha dengan segala ketentuan-Nya. Sesuailah dengan maksud prinsip tadi iaitu, mencari makna kehidupan dengan hasil yang diperoleh. Oleh itu, ayuh kita dalami kehidupan ini,kerana kehidupan itu terbina atas apa yang kita lakukan, dan apa yang  Allah aturkan. Wallahu’alam.

14 Januari 2012

Mencari Kekayaan Sebenar


Ramai orang sibuk mengumpul harta, mencari harta kekayaan dunia kerana merasakan kekayaan itulah segala-galanya. Ya benar, tuntutan hidup masa kini memerlukankita mencari harta dan kekayaan. Namun, berwaspadalah dalam mengumpul wang dan harta kerana semuanya itu hanya sementara. Dibimbangi, lantaran terlalu sibuk mencari wang dan harta, masa kita akan terus dibazirkan hanya untuk tuntutan dunia semata-mata hingga melupakan diri untuk mencari kekayaan yang sebenarnya. Kekayaan hati dan iman. Apabila resapan iman mengisi ruang hati, maka akan terbitlah akhlak dan sifat yang baik. Semua itu boleh berlaku apabila kekayaan hati yang didasari iman mengatasi runtunan nafsu yang sentiasa sahaja menuntut kekayaan tidak terpandu.
 Oleh itu, bersederhanalah dalam mencari kekayaan kerana walaupun kemewahan menuntut kekayaan,tetapi kekayaan bukanlah segala-galanya,walaupun kekayaan memberi kesenangan, belum tentu dapat memberi ketenangan kepada jiwa. Bersederhanalah dalam mencari, kerana berlebihan itu boleh mendatangkan mudarat.