14 Januari 2012

Mencari Kekayaan Sebenar


Ramai orang sibuk mengumpul harta, mencari harta kekayaan dunia kerana merasakan kekayaan itulah segala-galanya. Ya benar, tuntutan hidup masa kini memerlukankita mencari harta dan kekayaan. Namun, berwaspadalah dalam mengumpul wang dan harta kerana semuanya itu hanya sementara. Dibimbangi, lantaran terlalu sibuk mencari wang dan harta, masa kita akan terus dibazirkan hanya untuk tuntutan dunia semata-mata hingga melupakan diri untuk mencari kekayaan yang sebenarnya. Kekayaan hati dan iman. Apabila resapan iman mengisi ruang hati, maka akan terbitlah akhlak dan sifat yang baik. Semua itu boleh berlaku apabila kekayaan hati yang didasari iman mengatasi runtunan nafsu yang sentiasa sahaja menuntut kekayaan tidak terpandu.
 Oleh itu, bersederhanalah dalam mencari kekayaan kerana walaupun kemewahan menuntut kekayaan,tetapi kekayaan bukanlah segala-galanya,walaupun kekayaan memberi kesenangan, belum tentu dapat memberi ketenangan kepada jiwa. Bersederhanalah dalam mencari, kerana berlebihan itu boleh mendatangkan mudarat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan