19 November 2011

Muhasabah Hamba....

     Sering kali kita lupa untuk bermuhasabah tentang diri kita sendiri. Kebiasaannya, kebanyakan daripada kita amat mudah untuk meneliti kelemahan orang lain, menasihati orang lain tanpa sedar bahawa kita juga perlu teliti kelemahan diri dan menasihati diri sendiri. Mulut amat mudah berpesan pada orang, tetapi amat payah untuk kita telusuri hati sendiri, memastikan supaya hati sentiasa hidup dengan ingatan berterusan pada Allah swt. Allah beri kita ruang untuk bermuhasabah, maka gunakanlah ruang itu dengan sebaiknya...


  •  Jangan mengharapkan cinta manusia sekiranya diri belum cukup mencintai Allah

  •  Jangan mengharapkan ketaatan mereka yang dipimpin selagi diri gagal mentaati Allah


  •  Jangan mengharapkan redha manusia kepada kita selagi belum ada redha kita pada ketentuan Allah


  •  Jangan mengharapkan pemberian Allah kepada kita selagi kita tidak ikhlas memberi kepada manusia


  •  Jangan mengharapkan pertolongan Allah selagi diri terasa berat membantu sesama manusia


dan, 


Baikilah hubungan dengan Allah untuk memperbaiki hubungan kita dengan manusia lainnya.....


     Jarang manusia memandang sesuatu perkara dengan mata hatinya. Jika ada pun, belum tentu pandangan mata hati itu mampu menjadi suluhan buat diri. Masakan hati yang kotor itu mampu menyuluh diri. Adakah baju yang kotor dapat dicuci dengan lumpur?  Begitulah juga halnya, jika hati yang kotor itu diselubungi kegelapan. Mana mungkin kegelapan itu menjadi penyuluh dan memberikan cahaya pada jiwa?


     Sinarilah hati dengan Nur Allah, jemput Nur Allah itu bertandang melalui fikir dan zikir kepada Allah....

Setiap pencarian akan lebih indah jika dimulakan dengan mencari Allah dalam setiap tindakan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan