14 Julai 2013

Baiti Jannati


Bismillahi wal hamdulilllah. Rasa syukur dipanjatkan hanya kepada yang selayaknya Allah Rabbul Jalil  yang sentiasa melimpahkan kurnia kepada hamba-hambanya. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Kebesaran yang tidak tertanding sama ada yang berada di langit mahupun di bumi.

Suatu kenikmatan yang dipinjamkan oleh Allah pada hambanya apabila hayat ini masih lagi berkesempatan untuk bertemu Ramadhan. Apalagi dalam keadaan usia yang semakin meningkat, memerlukan sebanyak-banyak himpunan amal kebaikan sebagai bekal untuk bertemu Sang Pencipta. Menjadi kerinduan bagi-Nya untuk bertemu mereka yang rindu pada-Nya.

Terasa hari-hari yang dilalui semakin lama semakin besar cabaran dan pengorbanannya. Lebih-lebih lagi setelah bergelar abi kepada seorang mujahidah penyeri keluarga , permata hati dan penyejuk mata yang telah selamat lahir ke dunia, menemani ummi dan abi bersama pada 14 Mei 2013/4 Rejab 1434H yang lalu. Tahniah atas kelahiranmu wahai anak. Setelah bersama ummi sepenuhnya selama 9 bulan 14 hari, kini abi dan ummi dapat memandang wajahmu, memelukmu erat-erat, menggenggam tanganmu, mengucup dahimu dan mencium pipimu yang masih terasa kewangian syurga. Sungguh suci dirimu wahai anak. Tempoh kuarantin bersama ummi telah pun tamat. Jika dulu kau mendapat makanan hasil dari rezeki yang abi suapkan ke mulut ummi,moga rezeki itu halal dan berkat buat kita. Jika dulu kau mendengar segala butiran suara ummi mengalunkan zikir dan bertadarus,moga kau juga menjadi anak yang sentiasa basah lidahmu dengan zikir dan membaca al-Quran,jika dulu ummi sukakan pengajian ilmu daripada para masyaikh,moga kau juga menjadi anak yang cintakan ilmu dan sayangkan para alim ulama. Jika dulu kau sentiasa mendengar kalam nasihat terbit dari bibir ummi dan abi,moga dirimu juga menjadi orang yang sentiasa mudah mendengar nasihat dan sentiasa hikmah dalam memberikan nasihat. 



Buat zaujah yang disayangi, syukran atas penat lelahmu menjaga anak ini dengan baik semasa dalam kandunganmu. Lahirnya zuriat darimu memberikan seribu satu kenikmatan dalam kehidupan rumah tangga kita. Segala puji bagi Allah atas nikmat pemberian-Nya. Segala kisah yang pernah dilalui bersama semasa mengandungkan Qurratul ‘Ain dapat dijadikan iktibar buat kita sebagai anak. Sebesar mana pandangan kita terhadap pengorbanan kedua ibu bapa kita yang menjaga, mendidik dan membesarkan kita. Moga kita menjadi anak yang soleh dan solehah buat ummi dan papa,serta ma dan abah. Juga Qurratul ‘Ain menjadi anak yang solehah buat ummi dan abi. In sha Allah, abi dan ummi perlu sama-sama menjaga amanah yang dititipkan Allah sebaiknya. Moga barakah ramadhan kali dapat kita ambil peluang untuk membentuk serta membawa diri dan keluarga ke dalam tarbiyah Islam yang sempurna. In sha Allah.

RAMADHAN KAREEM…..





4 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbt..

    Lama x dengar khabar angah sekeluarga.. semua sihat?? rindu nie kat Qurratul 'Ain.. n_n jumpa kat umah nanti..in shaa Allah.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumussalam wbt..Alhamdulillah,kami smua sht..apa khbr kak d sana?bla mula cuti?

      Padam
  2. Buat suami tersayang..
    Tiada kata yang indah mampu diucapkan..Sifat memahami,sokongan dan pengorbanan abang banyak memberi kekuatan pada diri ini.Syukran atas segalanya..Yang pasti semua yang dilalaui akan menjadi ingatan yang kekal dalam diri kita berdua.Moga ALLAH berkati kita sekeluarga.. Moga Qurratul ‘Ain menjadi anak yang solehah macam abinya..^_^

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah sihat.. esok kakak ada mosque tour guide kat masjid kristal,in shaa Allah..kakak balik rabu mggu depan.. angah plak bila nak balik??

    BalasPadam